Bagi wanita bekerja, dalam seminggu mungkin tiga atau empat hari kita membeli makanan untuk makan malam kerana tak sempat memasak. Malah ada yang setiap hari menyediakan makanan tunjuk untuk hidangan keluarga.
Hati memang teringin nak memasak untuk keluarga setiap hari tapi apakan daya waktu selalu tak mengizinkan. Balik bekerja sudah lewat, maka makanan di restoranlah jadi sajian.
Tapi jika kita tahu cara nak jimatkan masa untuk memasak, sebenarnya anda tak perlu lagi membeli makanan walau pun pulang lewat.
15 tip ini membantu ibu berkarier memasak dengan cepat di hari bekerja. Selamat mencuba.

1) Senaraikan menu yang hendak dimasak sepanjang minggu atau mungkin sepanjang bulan. Senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu tersebut.
2) Bawa senarai semak ketika membeli-belah supaya tiada bahan yang tertinggal nanti.
3) Bahan-bahan basah seperti daging-daging, ikan perlu dibersihkan sebelum disimpan di dalam peti ais.
4) Simpan daging-daging atau ikan mengikut jumlah atau bahagian hendak dimasak.
5) Sayur-sayuran juga perlu dibersihkan dan siap dipotong sebelum disimpan di dalam peti ais. Seperti bahan basah tadi simpan sayuran juga mengikut portion.
Tapi sila pastikan jenis sayuran. Ada sayur yang mudah layu selepas dipotong, jadi ia tak sesuai dipotong dulu sebelum simpan seperti ubi kentang, tomato, lobak dan peria. Siang sayur hijau tapi pastikan diasingkan daun dan batangnya.

6) Jika menu perlukan bahan-bahan dikisar, bolehlah kisar dulu bahan-bahan pada hujung minggu. Dah siap kisar, boleh simpan terus dalam peti sejuk.
7) Pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, keluarkan bahan beku terlebih dahulu. Simpan dalam peti sejuk biasa (bukan bahagian beku). Bila balik, bahan tadi akan lembut walaupun masih sejuk. jangan keluarkan terus dari peti ais, bimbang bahan tersebut jadi busuk atau tercemar dengan lalat atau semut.
8) Kalau menu yang anda pilih hari itu ada nasi, mulakan dengan memasak nasi terlebih dahulu!
9) Multi tasking! Sambil masak menu pertama, sediakan bahan untuk menu kedua atau sambil bersihkan sinki! Kena pandai menyambil-nyambil. Baru cepat siap masak!
10) Keluarkan apa yang perlu sahaja. Maksudnya, jangan keluarkan bahan-bahan lain yang tak perlu supaya kita tak buang masa kemas dan simpan semula.
11) Mulakan memasak dengan menu yang ambil masa lama. Fikirkan juga menu yang boleh dimasak berkongsi periuk atau kuali.
Contohnya kalau menu hari itu sup daging, telur dadar dan sayur campur goreng. Sup daging, masuk periuk, manakala telur dadar dan sayur campur akan gunakan kuali yang sama.

Pada dapur 1, boleh reneh sup manakala pada dapur 2, boleh goreng telur dadar. Bila telur dadar dah siap, kuali tak perlu dibasuh tapi boleh terus goreng sayur. Sementara menunggu menu atas dapur siap masak, sila bersihkan sinki atau sediakan meja makan.
12) Pastikan kita letakkan segala garam, gula, perencah, minyak dan lain-lain bahan di tempat yang mudah dicapai.
13) Kalau boleh, gunakanlah non-stick pan. Senang nak dibersihkan. Jadi tak perlu rendam bagai sebelum dibersihkan. Semak tengok!
14) Pastikan singki sentiasa kosong dan bersih supaya waktu nak masak keesokkan hari, kita tak buang masa membersihkan periuk belanga sebelum masak!

15) Akhir sekali, ajak suami masing-masing bantu di dapur. Kalau tak tolong banyak, sikit pun jadilah. Tolong goreng ikan, basuh pinggan atau tolong kacau gulai. Sedap sikit hati kita ye tak?
Tip dah diberi, tinggal untuk dipraktikkan saja. Kuatkan tekad dan bulatkan hati untuk azam memasak untuk keluarga. Gerenti boleh!
Sumber: https://www.facebook.com/julietlesweetheartblog/ via vanillakismis.my