Apakah Benar Sedu Boleh Menyebabkan Sakit Jantung

Iskandar: Hik! Hik! Hik! (bunyi sedu)
Nenek: Hmm.. sedu, kamu nak besar ni.
Perbualan di atas sudah menjadi kebiasaan dalam rutin seharian masyarakat kita. Malah, sedu boleh datang pada bila-bila masa sahaja ibarat ‘datang tanpa diundang, pergi tanpa disuruh’. Kita menganggap sedu adalah perkara biasa dan bukan penyakit serius yang perlu ditangani.
Persoalannya, benarkah sedu bermaksud kita nak membesar? Ataupun itu cuma tanggapan dan andaian manusia sahaja?

Apakah Punca Terjadinya Sedu?

  1. Menelan terlalu banyak udara
  2. Makan dengan gelojoh
  3. Merokok
  4. Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)
  5. Pengambilan alkohol secara berlebihan
  6. Paru-paru berair
  7. Penyakit saraf – keturunan
  8. Toksik atau penyakit metabolism yang merosakkan saraf
  9. Gelak yang berterusan

Bagaimanakah Sedu Boleh Berlaku?

Foto: medicalnewstoday.com
FOTO: MEDICALNEWSTODAY.COM
Majoriti, masalah sedu berlaku kepada semua orang tidak kira umur. Sedu ataupun ‘hiccup’ berlaku apabila pengecutan otot diafragma (contraction of diaphragm) berulang-ulang kali selama beberapa minit.
Tersedu berpunca daripada penurunan diafragma secara tiba-tiba dan penutupan lipatan yang menghasilkan suara pada hujung atas saluran pernafasan yang menyebabkan hasil bunyi berulang kali apabila menarik nafas (tersedu) (keratan akhbar Berita Harian, 9 Julai 2000).
Diafragma tertarik ke bawah apabila kita menarik nafas untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Diafragma pula menolak udara keluar daripada paru-paru apabila kita menghembuskan nafas.
Ada ketikanya diafragma menjadi terganggu lalu berlakunya pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Kesannya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut kerana udara yang berebut-berebut masuk itu melanggar kotak korda suara. Maka, terjadinya bunyi sedu (keratan akhbar Utusan Malaysia, 15 April 2007).

Cara Mengatasi Masalah Sedu

Foto: thesecretyumiverse.wonderhowto.com
FOTO: THESECRETYUMIVERSE.WONDERHOWTO.COM
  1. Segera minum segelas air
  2. Menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10
  3. Amalkan makan dengan perlahan
  4. Elakkan makan terlalu kenyang
  5. Elakkan pengambilan makanan berempah kerana boleh mengakibatkan asid dalam perut
  6. Makan 1 camca teh gula – sebaiknya letak gula di belakang lidah

Adakah Sedu Merbahaya?

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, doktor di Jabatan Kardiothorasik (Pembedahan dan Paru-Paru):
“Sedu bahaya untuk kesihatan diri sekiranya melebihi 48 jam dan memerlukan rawatan secara langsung di mana berkemungkinan berlaku radang (irritation) pada saraf vagus atau phrenic yang mengawal pergerakan diafragma.
Kebiasaannya, radang ini kerap berlaku semasa proses pembedahan. Selain itu, radang pada saraf-saraf boleh berlaku sekiranya jangkitan kuman di tekak, tumor atau ketumbuhan pada leher atau disebabkan oleh gastroesophageal reflux.”

Benarkah Sedu Boleh Menyebabkan Sakit Jantung?

“Sedu tidak menyebabkan sakit jantung. Sebaliknya, sakit jantung boleh menyebabkan sedu. Walaupun masalah ini jarang berlaku, namun ia disebabkan pengecutan diafragma apabila saraf vagus dirangsang ketika serangan sakit jantung (myocardial infarction).
Sedu yang berpanjangan akan berlaku kerana terjadinya radang (inflammation) pada diafragma selepas pembedahan jantung.” — Dr. Zubaidi Hj Ahmad.
sumber thevocket.com

Suka dengan ini?
|