Video: Warga Australia Nyanyi Lagu Raya Viral

VIRAL di laman sosial beberapa hari lalu klip video seorang warga Australia menyanyikan lagu Hari Raya menggunakan rentak muzik lagu kumpulan Black Eyed Peas mencuit hati netizen.

Video: Warga Australia Nyanyi Lagu Raya Viral

Klip video Esok Nak Raya itu memaparkan Tomás Ford cuba menyediakan ketupat dan memasak rendang sambil menyanyi.
“Esok nak raya… oooohooo… Tak sabar nak makan ketupat,” dalam pelat ‘Mat Salleh’, berdasarkan rentak I Gotta Feeling.

“Tak sabar nak makan ketupat, tak sabar nak makan ketu-tu-pat,” Ford bernyanyi sambil menari-nari di ruang dapurnya dengan memakai sut dan tali lehernya.
“Malam ini! Kita makan! Sampai pengsan! Yeah Raya! Duit raya! Like oh my God! Jump off the sofa!
“Nak raya, nak raya, nak raya, nak raya…,” nyanyinya berulang kali.
“Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Makan ketupat. Kenyang makan ketupat.”
Klip dua minit itu dimuat naik dalam Facebooknya pada 27 Jun lalu, dan sehingga hari ini menerima lebih 177 ribu penonton di samping lebih 4,000 perkongsian. – via MYNEWSHUB.CC

Suka dengan ini?
|