Seorang anak kecil berdiri di sisi katil hospital yang di atasnya terbujur kaku jasad ibu. Tanpa bicara dia memegang, mengusap dan beberapa kali memeluk susuk tubuh seolah-olah enggan melepaskannya pergi.

Video ini tanpa kata-kata tapi cukup untuk membuatkan hati kita yang melihatkan luluh dan sebak. Reaksi anak yang bernama Darwish ini telah dimuat naik ke dalam Facebook Sharifah Asma Syed Kecil yang juga saudara terdekatnya.

Status bertarikh 7 Jun lalu mendapat banyak perkongsian, rata ratanya simpati, sedih tak terungkap dan menitiskan air mata.

Difahamkan ibu kepada anak ini meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dipercayai kerana pembuluh darah pecah. Paling memilukan ketika kejadian arwah sedang hamil enam bulan.

Melalui penjelasan dikongsi di ruangan komen, Sharifah Asma yang juga ibu saudara kepada arwah memberitahu selepas pengsan arwah dibedah namun kemudiannya koma.

Beberapa hari kemudian anak dalam kandungan turut meninggal sebelum si ibu juga menyusul pulang ke rahmatullah. Arwah dikatakan mempunyai masalah darah tinggi ketika hamil.

Sebelum pembedahan arwah sempat meminta bertemu Darwish memandang anak ini cukup rapat dengan ibunya.

Berikut adalah video dan juga perkongsian menyentuh hati tentang anak ini. Takziah kepada keluarga terbabit dan semoga Darwish kuat untuk menempuhi hari mendatang tanpa ibu tersayang.

Status yang membuatkan ramai mengalir air mata.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/10/88.jpg
Dia tak pernah berenggang dengan mummy dia.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/10/1.jpg
Sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk, tak mampu lihat ratapan anak.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/10/new.jpg


Sumber Facebook Sharifah Asma Syed Kechik. via vanillakismis.my