Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi

Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi
Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi. Memakai High Heels atau kasut tumit tinggi dikatakan mampu membuatkan si wanita kelihatan lebih langsing dan elegan. Malah seorang wanita akan berasa lebih yakin setiap kali memakai high heels.
Namun menurut kajian, kasut tumit tinggi boleh memudaratkan kesihatan si pemakai? Jadi kepada anda yang gemar memakai kasut tumit tinggi secara kerap, haruslah berhati-hati. Di bawah ini adalah Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi secara kerap.
Kesan Buruk Memakai Kasut Tumit Tinggi
1)Selain menyebabkan kaki anda membengkak, memakai kasut tumit tinggi secara kerap juga boleh mengakibatkan otot betis mengecil atau pendek. Ini berpunca dari cara anda berjalan ketika memakai kasut tumit tinggi.
2)Kasut tumit tinggi akan menyebabkan rasa ketidakselesaan di bahagian kaki. Selain itu risiko untuk anda jatuh atau tergeliat di bahagian buku lali adalah lebih tinggi.
3) Memakai kasut tumit tinggi secara kerap juga akan membuatkan bahagian pinggang dan tulang belakang anda sakit. Selain itu ia turut menjejaskan postur tubuh badan anda membuatkan tulang belakang dan pinggang anda seakan melengkung.
4) Wanita yang mengandung juga dinasihatkan agar tidak memakai kasut tumit tinggi kerana ia boleh menyebabkan sakit di bahagian pinggang dan punggung.

Boleh je kalau nak pakai kasut tumit tinggi, tetapi elakkan untuk tempoh yang lama atau secara kerap.
Sumber:http://www.notawanita.com/

Suka dengan ini?
|