Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menarik Bangkit Selepas Meroyan Gara-Gara Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin


Seperti kita ketahui, ramai wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan mengalami perubahan bentuk badan mereka di mana perubahan bentuk badan ini akan membuatkan mereka susah hati.

Dalam situasi sebegini ada ramai antara mereka yang memang mementingkan penjagaan badan sebelum ini sudah pasti akan rasa 'down' melihat bentuk badan mereka, jadi bila dalam keadaan ini, suami perlulah memainkan peranan penting untuk menaikkan kembali semangat mereka seperti sediakala.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Yasmien S Velte Full, kisah yang di mana keadaan itu terjadi kepadanya sehingga membuatkan dia hilang semangat, tetapi kerana sikap suaminya yang sentiasa ada dan memberi semangat dia telah berjaya kembali kepada keadaan seperti sediakala malahan makin cantik.

Apa yang suaminya lakukan? jom kita baca.


BINI YG HODOH, JANGAN TERUS DIBUANG...

Perkongsian kali ini Mien nak tujukan kepada lelaki, terutamanya suami-suami di luar sana, tunang dan yang tak kawin lagipun boleh ambil sebagai persediaan dari kisah pengalaman Mien sendiri. Ni bende serius bukan melawak walaupon sememangnye mien suka melawak.

Perlu kita ketahui orang perempuan ini akan melalui banyak detik-detik sukar dalam hidup terutamanya bila sudah berkahwin, perubahan bentuk fizikal merupakan satu perkara yang betul-betul dirasai di mana ia akan memberi kesan kepada emosi kami tau x..

Jadi dalam situasi begini, anda sebagai suami harus memainkan peranan penting untuk mengembalikan keyakinan istri, istri akan rasa down apabila berlaku perubahan pada bentuk badan sendiri. Kalau brubah sikit xpe lagi.. Kalau 100% bertukar.. Agak2 ape perasaan kami?

Semua orang tahu Mien ni jenis suka updates facebook.. Suka selfie suka share semua bende pasal kehidupan Mien kan.. Perasan tak Mien updates semua yang cantik-cantik dan yang indah-indah untuk dibaca? πŸ˜†

So harini Mien nak kongsi cerita part 'paling down' dalam hidup.. Gambar tudung pink tu .. Masa ni mengandung anak yang ke tiga, usia kandungan 8 bulan.. Teruk sangat berubah .. Gemuk kembang satu hal.. Kulit jadi hitam... Kusam..Berubah 100% kan...😩

Perasaan masa ni taklah teruk sangat...masih boleh pujuk diri sebab mengandung...walaupon rasa sangat-sangat down.. Tapi still leh kawal... Mase ni memang dah xselfie... Selfie tapi xupload dalam fb.. Gile buruk xde org nak tengok πŸ˜”


Muka dan badan jadi makin teruk.. Smpai la hari bersalin... Bila dah bersalin rasa happy sebab dah tahu nanti akan berubah jadi mcm asal.. Sebab dulu yang hitam-hitam tu hitam area leher dan peha cam tu je..tapi yang mengandung ke tiga ni semua dari kepala smpai kaki satu badan hitam 😞...

Pregnant anak pertama dan kedua semua hitam-hitam tu hilang bila masuk ari ke 10 berpantang macam tu... Tapi anak ke tiga ni.. tak hilang-hilang.. Berat badan pon tak turun walaupon berpantang makan dan pakai bengkung.. Turun dalm 6kg je...

Dah mula rasa stress, rase nak mengamuk dan benci sangat-sangat tengok cermin... Dalam pantang kan.. Memang fikiran xbetul... Dengan keadaan kita tak sihat.. Campur dengan stress tengok diri takde perubahan.. Setiap kali asben tengok Mien.. Mien marah dan mengamuk..

Sebab Mien kata dia tenung Mien sambil dok kutuk dalam hati kat Mien.. Padahal dia tak kata pon macam tu.. Hehe saje jadi pikir negatif kat suami.. Suami dok balas wasap custemer pon Mien rasa nak baling hanphone dia...



Tak tau rasa macam orang Tak betul masa tu.. 3 4 ari berlarutan.. Sampai satu hari Mien mengamuk dalam bilik baling barang baling cermin semua hancur berterabur... Asben terkejut bunyi pelik dalam bilik terus masuk..

Cepat2 dia peluk ketat2 smpaj xle nk benafas 😩Asben pujuk dan bagitahu.." Nanti Mummy cantik laa pasni.. Mummy kan baru lepas beranak.." Tepi opih daddy ad spa.. Nanti esk mmy g spa.. Nti siap call ddy.. Ddy g bayar..." Mmy g spa semggu skali dehh ... Pastu nti mmy oder laa suppliment ke ap smua...nanti ddy byr..Bila dengar mcam tu.. Terus rasa lega sikit.. Maknanya masih ade peluang untk kembali pada asal... Berkesan ke x, lain crita jnji ade orang nk sponsor.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Esoknye trus g spa.. N buat apa yg patut... Usaha untk kembali pada asal.. Daddy aka faiz ni bukan nak puji laa kan.. Tp dia baik laaa sanggup layan mien yg hdoh.. Mien ni mase hodoh pon prgai ngade2 xhabis2... Hahahaha xsedar diri hodoh... Tp faiz tetp layan trbaik mcm mien xhodoh dulu..πŸ˜†



Sebab tu laaa mien brusaha sgt nk jdi mcm dlu2.. Kembali pada asal... Walaupon suami kita tetap sygkan kita pda waktu buruk sgt2.. Kenapa kita xnak usaha untuk brubah untuk jdi cantik di mata suami kita? Sebagai balasan kepada sebuah kesetian n pnerimaan seadanya dari suami kita? Betul x?.

Pada semua yang bergelar suami.. Hargailah isteri.. Suami tu ubat penenang bagi seorang isteri.. Betapa isteri perlukan sokongan suami.. Kalau faiz xtenangkan, xbagi semangat.. Xtau apa jadi kesudahan pada mien.. πŸ˜” haippp org dlm pantag kalau dk stress memanjag boleh jd gila bertrusan tau... Serius bukn melawak

Dan pada yg bergelar isteri... Ayuhhh laaa sama2 kita berubah.. Sama2 usaha untuk jadi cantik.. Jaga badan... Xkira laa yg bekerjya atau surirumah.. Kita perlu ade usaha untuk cantik.. Untuk maju... Anak ramai bukan alasan.. Jom jadi mummy vouge!!!

Dan.. Alhamdulillah, sekarang.. Baby dah 6 bulan.. Mien dah bangkit kahkahakah.. Dapat semangat baru.. Confident level pon tinggi skrg... takde la jalan menunduk je...



Posting ni sebagai umum.. Nak tag suami ka boipren ka.. Terpulang... Sebagai panduan.. Suami isteri perlu sama2 bagi sokongan, jangan istri buruk je trus cari lain.. πŸ˜’trus buang istri ke dasar laut 😏
Trima kasih daddy masih bersama mummy walaupun dlu2 daddy kata mummy mcam penternak itik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†, penjual telur masin... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

SUMBER: Yasmien
- Siakapkeli.my

Suka dengan ini?
|