Cara Merawat Selsema Tanpa Ubat

Musim jerebu seperti sekarang ini, pasti ramai yang berdepan dengan masalah selsema, sakit tekak dan batuk. Rasa tidak selesa, sedikit sebanyak akan menjejaskan fokus kepada aktiviti harian dan kerja.
Petua Merawat Selsema Tanpa Ubat
Selain pengambilan ubat-ubatan yang dijual dipasaran, anda juga boleh cuba petua-petua tradisional untuk merawat selsema tanpa penggunaan ubat.
Cara Merawat Selsema Tanpa Ubat
  1. Lebihkan Minum Air Masak/ Air Suam
Air masak atau air suam sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Kita disyorkan untuk minum 8 gelas air sehari, namun jika anda berdepan dengan masalah selsema atau sakit tekak dan batuk, lebih elok jika anda lebihkan pengambilan air. Ini bertujuan untuk membersihkan sistem tubuh badan anda daripada kuman penyebab selsema. Air suam juga berfungsi untuk mengelakkan dari dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

  1. Waktu Rehat Yang Cukup
Bila badan kurang rehat, daya ketahanan tubuh akan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan kuman mudah menyerang dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit terutamanya selsema dan batuk. Untuk memastikan kesihatan tubuh badan anda berada pada tahap yang baik, pastikan anda mendapat waktu rehat yang cukup. Elak atau hentikan seketika aktiviti-aktiviti di luar rumah sehingga tahap kesihatan anda pulih seperti biasa.
  1. Lebihkan Minuman Panas
Selain mengamalkan minuman air suam yang mencukupi, anda juga disyorkan untuk lebihkan minuman panas berbanding sejuk, antaranya milo panas, teh panas dan sebagainya. Kenapa? Minuman panas dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat dan melegakan kerongkong. Ini kerana wap yang terhasil dari minuman panas, dapat mencairkan kahak.
  1. Terapi Wap
Terapi Wap merupakan salah satu petua selsema yang digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah hidung tersumbat. Caranya amat mudah, anda hanya perlu masukkan air panas ke dalam besen, kemudian ambil sehelai tuala besar untuk menutup kepala anda dan tempatkan muka anda tepat-tepat di atas besen yang berisi air panas itu. Untuk hasil yang lebih berkesan, anda boleh meletakkan sedikit rempah ratus atau halia, ataupun vicks untuk memberi kelegaan.
  1. Madu, Halia, Limau, Lemon dan Teh
Satu lagi petua tradisional untuk merawat selsema dan batuk adalah dengan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Antaranya anda boleh campurkan sedikit madu kedalam air teh limau untuk memberi kelegaan pada batuk dan sakit tekak. Anda juga boleh rebus halia untuk dijadikan minuman yang panas. Kemudian tambahkan sedikit madu dan minum untuk memberi kelegaan kepada selsema dan hidung tersumbat.
sumber notawanita.com

Suka dengan ini?
|