Masalah Gout. Hari ini, teman hendak kongsikan satu petua yang boleh menghilangkan penyakit Gout. Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".
Sebenarnya petua nie teman terbaca dalam salah satu perkongsian di Facebook Pesan Bonda. Dalam album Petua Dari Indonesia, Pesan Bonda kongsikan petua untuk merawat penyakit Gout. Memang ramai orang Malaysia termasuk ayahanda teman mengalami penyakit gout nie. Sebab itu, teman hendak kongsikan petua tu dalam entry post hari nie. Petua untuk merawat penyakit Gout nie hanya mengunakan bahan alami sahaja dan bebas dari bahan kimia.
Ramuan untuk petua ini teman kongsikan dibawah;
- Sebiji nenas masak
- Sebatang Lobak putih 250gm
- 3 biji buah keras
Gambar ehsan Google.
Caranya, buah nenas dan lobak putih itu hendaklah dikisar halus tanpa air. Kemudian tambahkan 3 bijik buah keras. Kemudian, jadikan ia minuman jus lalu diminum sekali gus. Bergantung kepada tahap penyakit Gout seseorang itu, pesakit gout akan sembuh dari sakit yang dihidapinya. Amalkan pengambilan jus ini setiap 3 bulan untuk penjagaan berterusan. InsyaAllah.
Ucapkan selamat tinggal kepada penyakit Gout anda.
Sumber:http://apakehei.blogspot.co.id/