5000 Bayi Terselamat Setelah Chef Ini Masak Kambing Di "Dapur" Yang Pelik




Anda Kerap Meninggalkan Anak Anda Dalam Dapur Yang Cepat Panas dan Kekal Panas Selama Berjam-jam

Ramai yang berbuat begini sebenarnya tanpa mereka sedari. Tahukah anda, kereta anda boleh mencapai suhu yang sangat tinggi dan maintain panas selama berjam-jam? Suhu yang boleh dicapai oleh kereta yang terdedah kepada cahaya matahari sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan Strok Haba, atau lebih teruk, Kematian.
Untuk membuktikan perkara ini, Chef terkemuka Australia Matt Moran telah menjalankan eksperimen, di mana beliau cuba memasak kambing dalam kereta yang telah dibiarkan dalam terik matahari selama beberapa jam.
Hasilnya, kambing itu terlebih masak!
75% kenaikan suhu berlaku dalam 5 minit selepas parking kereta, dan 90% berlaku selepas 15 minit. Pemanasan kereta berlaku sangat cepat, seperti oven.
Suhu dalam kereta boleh mencapai sehingga 20-30 darjah Celcius lebih tinggi daripada suhu di luar.

Dalam setahun, lebih 5000 bayi dan kanak-kanak meninggal akibat ditinggalkan dalam kereta

Bayangkan dengan cuaca iklim khatulistiwa ini, adakah tubuh badan seorang anak kecil mampu menahan suhu yang melampau begini?
Gambar di bawah menunjukkan imbasan infra merah yang menunjukkan suhu kereta berbanding suhu luar. Suhu kereta berwarna merah, bermakna suhunya mencecah sehingga 60 darjah Celcius.
kidsafe-australia-the-unconventional-oven-video-600-86042

Kesimpulan:

Kepada para ibu dan bapa, jangan sekali-kali tinggalkan anak dalam kereta. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak menyesal.
Sumber:http://www.mamalink.com.my/

Suka dengan ini?
|